PENYANYI Mel C dilaporkan menarik diri daripada menyertai konsert bersempena ulangtahun ke-20 kumpulan Spice Girls kerana ingin memberi fokus kepada karier solonya.
Daily Mail melaporkan, tindakannya itu telah menyebabkan ahli lain kumpulan itu iaitu Mel B, Emma Bunton dan Geri Halliwell panik.
Ini kerana seorang lagi ahlinya, Victoria Beckham sebelum ini enggan menyertai konsert itu dan kini Mel C ingin berbuat perkara sama.
"Mel C sayangkan Spice Girls tetapi dia merasakan sekarang bukan masa paling sesuai untuk konsert berkenaan dan dia mempunyai keutamaan lain.
"Sekurang-kurannya Victoria bertegas dengan keputusannya dan Mel C baru menyedari dia tidak dapat memberikan komitmen," ujar sumber terdekat penyanyi itu.
Dalam pada itu, Spice Girls tetap akan mengadakan konsert berkenaan tanpa dua ahlinya selain merancang untuk mencari ahli pengganti.
"Malah mereka berfikir untuk mengadakan sebuah program realiti bagi mencari ahli baharu kumpulan itu," kata sumber itu lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: