Normala
SEGAMAT - Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan agar hukuman rotan kepada pelajar dilaksana tahun hadapan.
Presidennya, Normala Sudirman berkata, langkah tersebut wajar disegerakan dan berharap cadangan Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon itu bukanlah bersifat retorik semata-mata.
“Sebelum hukuman ini dilaksana pada sesi persekolahan tahun depan, saya berharap kementerian dapat beri garis panduan atau prosedur standard operasi (SOP) terhadap semua guru besar dan pengetua di negara ini.
“Ini untuk mengelakkan sebarang masalah dan salah faham di antara pihak sekolah dan ibu bapa pada masa akan datang dan saya percaya objektif utamanya adalah untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, beliau mengakui merotan merupakan cara yang efektif untuk menanamkan sikap disiplin di dalam diri pelajar, lebih-lebih lagi bagi yang degil dan melakukan kesalahan berulang kali.
Katanya, merotan juga bukan sebagai satu bentuk penderaan sekiranya ia dilakukan dengan kaedah yang betul selain mana-mana guru tidak boleh merotan murid kecuali ada surat penurunan kuasa diberikan kepada guru terbabit.
“Tambahan pula, tempat yang sepatutnya dirotan ialah di punggung dalam keadaan berlapik dan di tapak tangan sahaja serta bergantung pada kesalahan yang dilakukan sama ada berat atau sederhana.
“Hukuman rotan di dalam bilik jika benar pelajar bersalah sewajarnya perlu demi menjaga maruah pelajar itu sendiri sekali gus mendidik supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: