SYARIKAT telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd (RedOne) melancarkan program menjana ekonomi bersama komuniti dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara;  Integrasi Nasional Kuala Kubu Bharu dan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Hulu Selangor.
Dalam satu kenyataan, Redone berkata, program ini dilancarkan serentak dengan Karnival Kasturian Biz yang dianjurkan KRT Taman Kasturi Bukit Beruntung dan PNC RedONE Pro Act Global Sdn Bhd.
Program ini bertujuan membantu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Hulu Selangor menjana sumber kewangan melalui Program Keusahawanan Telekomunikasi RedONE.
Hampir 4,000 penduduk sekitar Bukit Beruntung hadir ke Karnival Kasturian Biz ini.
Pengarah Jualan Lembah Kelang Red One Network Sdn Bhd, Wallance Choong berkata, sebanyak 76 KRT bakal terlibat di dalam program ini dan dijangka bakal memperoleh pendapatan tambahan setiap bulan kepada KRT.
Karnival  Kasturian Biz dan Program Keusahawanan Telekomunikasi RedONE dilancarkan Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Hulu Selangor, Rohaida Abd Kadir.
Program turut disertai Persatuan Ibu Tunggal Daerah Hulu Selangor dengan bantuan kewangan kepada ibu ibu tunggal memulakan perniagaan telekomunikasi.
Wallance berkata, mereka yang berminat menjadi usahawan telekomunikasi RedONE boleh mengunjungi syarikat RedONE untuk mendapatkan maklumat.
Syarikat turut melancarkan hadiah pakej percutian ke Bali dan perkongsian insentif RM1 juta untuk setiap rakan niaga yang mencapai sasaran minimum setelah RedONE mencapai satu juta pelanggan.