SHAH ALAM - Seorang penuntut kolej nyaris kerugian lebih RM700 selepas dompetnya tercicir ketika menaiki tren, pagi kelmarin.
Bagaimanapun, penuntut itu, Eric Pau bernasib baik kerana dompetnya yang tercicir ditemui polis bantuan, Koperal Mohd Nori Nordin yang melakukan rondaan dalam tren kira-kira jam 10.30 pagi.
Mohd Nori berkata, sudah 18 tahun dia berkhidmat sebagai polis bantuan dengan Prasarana Malaysia Berhad tetapi itulah insiden pertama membabitkan kehilangan dompet dalam tren.
"Sewaktu ronda, saya nampak dompet hitam atas kerusi penumpang dalam gerabak bahagian tengah yang ketika itu dinaiki tiga penumpang lain dan berada agak jauh dari tempat duduk mereka.
"Saya yakin dompet ditemui adalah dompet yang tercicir oleh pelanggan dan terus periksa kandungan dompet bagi mendapatkan maklumat pemiliknya.
"Ketika itu juga, saya dapat lihat sejumlah wang yang banyak dalam dompet tersebut," katanya yang membuat rondaan dari stesen Muhibbah ke IOI Puchong Jaya bersama Konstabel Syed Sharuddin Syed Salim.
Beliau berkata, sebaik tren tiba di Stesen IOI Puchong Jaya, dia terus ke kaunter bagi memaklumkan perkara itu dan menghubungi Ketua Stesen, Mohd Azri Zahari yang memberitahu Stesen Awan Besar ada menerima laporan mengenai kehilangan dompet.
Menurutnya, dia kemudian bergegas ke Stesen Awan Besar dan berjumpa Eric untuk memulangkan dompet yang antara lain berisi tunai RM729 dan pelbagai dokumen penting peribadi.
"Segalanya demi tugas. Dia ucap terima kasih beberapa kali kepada saya dan pihak Rapid KL.
"Saya gembira tengok dia gembira. Mungkin dia terlalu gembira sebab dapat semula dompet yang hilang,” katanya.
Sementara itu, Eric merakamkan penghargaan kepada staf Rapid KL dan memuji kejujuran Mohd Nori.
"Saya amat berterima kasih kepada Koperal Mohd Nori atas kejujurannya dan syabas kepada Rapid KL sebab mempunyai staf yang jujur.
"Sebelum kejadian, saya nak ke Bandar Tun Razak dan sedar dompet hilang lepas bertukar tren di Stesen Sri Petaling," katanya.
Menurutnya, dia terus kembali ke Stesen Awan Besar untuk melaporkan kehilangan itu di kaunter stesen dan kurang sejam dia menerima panggilan telefon daripada staf Rapid KL memaklumkan dompetnya dijumpai.
“Saya sangat gembira dapat semula dompet saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: