KUANTAN - Seorang bayi berusia 10 bulan menderita penyakit hidrosefalus yang menyebabkan kepala membesar sehingga 68 sentimeter selain tulang paha patah dan retak ketika dilahirkan.
Perubahan saiz kepala Muhammad Adam Rayyan Rizqi Aiman Hakim dikesan ketika enam bulan di dalam kandungan dan dilahirkan melalui pembedahan caesarean dengan saiz kepala 49 sentimeter.
Kanak-kanak malang itu kini dijaga nenek memandangkan ibunya, Azira Abdullah, 19, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Perak manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.
Neneknya, Nurizah Ramli, 39, berkata, cucu sulung itu menjadi pembedahan pertama selepas dua bulan dilahirkan apabila saiz kepala membesar sehingga 70 sentimer.
“Pembedahan tersebut bertujuan mengelakkan kepala jadi lebih besar dengan memasukkan tiub yang disalur ke pundi kencing.
“Kalau dia kencing, air di kepala akan keluar sama tapi terpaksa guna banyak lampin pakai buang, satu pek yang ada 82 keping hanya bertahan untuk empat hari sahaja.
“Adam kerap menangis pada sebelah malam kerana sakit dan bila dia menangis, semua urat di kepala timbul kebiruan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Nurizah berkata, tiada sebarang ubat untuk meredakan kesakitan tersebut dan dia hanya mampu memujuk serta membaca Yasin bagi mengurangkan penderitaan Adam.
Menurutnya, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,300 sebulan untuk menampung kos lampin pakai buang, susu khas dan ubat rangsangan otak.
“Saya ada terima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) RM300,”katanya.
“Saya sanggup memikul tanggungjawab menjaga Adam kerana mahu anak ketiga saya (ibu Adam) melanjutkan pelajaran demi masa depan mereka.
“Doktor beritahu penyakit ini sukar untuk disembuhkan, namun saya tetap percaya pada ketentuan Allah SWT malah Adam membesar seperti bayi normal,” katanya.
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Nurizah (156020314219) atau menghubungi talian 017-9633262.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: