Menurut laporan portal Kapanlagi, walaupun hubungan cinta tersebut masih baru, pelakon berusia 31 tahun itu berkata dia dan wanita itu sudah lama mengenali antara satu sama lain.
"Dah lama kami berkawan sebenarnya. Memandangkan kami masing-masing berstatus solo dan selesa antara stau sama lain, maka kami menjalinkan hubungan ini secara lebih serius.
"Sama ada dia seorang selebriti atau tidak, yang penting orang tahu bahawa hati saya sudah pun dimiliki," katanya yang enggan mendedahkan identiti kekasihnya ketika ditemui di Kafe Publo, Kemang, Jakarta Selatan, pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, tambah Baim, dia dan kekasihnya itu memiliki pemikiran yang berbeza mengenai perihal agama dan tidak kisah dengan agama yang dianuti wanita tersebut.
"Walaupun kami berbeza agama, kalau dah cinta, kita truskan saja," kata pelakon beragama Islam itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: