![]() |
|
YUNHO
|
KETUA kumpulan TVXQ, Yunho mendedahkan dia hampir mati setelah terminum minuman yang dibubuh racun oleh seseorang yang tidak dikenali.
Dalam sebuah rancangan di saluran KBS 2TV pada minggu lalu, Yunho memberitahu bahawa kejadian yang berlaku pada 2006 itu sebenarnya tidak pernah didedahkan kepada media.
"Ketika itu saya sedang minum jus oren yang diberikan oleh seseorang yang tidak saya kenali. Saya fikirkan orang itu adalah kru kami. Selepas minum, saya tiba-tiba muntah darah sehingga pengsan," katanya seperti dipetik daripada portal hiburan Allkpop.
Dia pada mulanya berasa sangat marah dengan tindakan lelaki terbabit, tetapi membuat keputusan untuk tidak memperbesarkan perkata itu.
Yunho percaya bahawa kejadian seperti itu merupakan asam garam yang harus dilalui oleh seseorang yang bergelar selebriti.
"Memang marah, tetapi apabila mengetahui bahawa perkara itu dibuat oleh seseorang yang membenci saya dan tidak tenang melihat saya ketawa, saya terfikir bahawa ia adalah asam garam dunia hiburan.
"Selepas kejadian itu, setiap kali saya dihulurkan dengan jus oren, hati saya akan berdegup laju. Saya jadi tidak tenang," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: