
NUR JAZLAN (tengah) bersama Naib
Presiden Kanan Pembangunan Hartanah UDA, Shytul Shahryn Mohamad Shaari
(kiri) dan Pengarah Urusan UDA, Ahmad Abu Bakar menunjukkan model
pembangunan Tanah Wakaf Seete Aisah di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – UDA Holdings Bhd. (UDA) mempelawa semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Wakaf dan Haji untuk menggunakan model pembangunan tanah wakaf yang disediakan oleh syarikat pemaju hartanah itu bagi meningkatkan lagi pengurusan tanah wakaf di negara ini.
Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, model yang diperkenalkan oleh anak syarikatnya, UDA Land North Sdn. Bhd. (UDA Land North), merupakan yang pertama di negara ini menggunakan konsep pembiayaan sewa (Ijarah) untuk tanah wakaf.
“Model pembangunan tanah wakaf ini adalah berlandaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar sempena pembangunan projek Tanah Wakaf Seetee Aisah di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: