Tuesday, October 2, 2012
Syarikat insurans diseru lebih agresif
KUALA LUMPUR – Syarikat insurans di negara ini perlu merebut peluang dalam sektor perubatan dan perjalanan dengan lebih agresif memandang kedua-dua perniagaan berkenaan mempunyai masa depan yang cerah untuk berkembang pesat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ini perlu diutamakan kerana syarikat insurans tempatan pada masa sekarang masih belum bertapak kukuh dalam kedua-dua segmen berkenaan.
“Pemain industri boleh menjadikan negara-negara luar yang membangun sebagai model terbaik bagi mengembangkan sektor berkenaan.
“Kami berharap Institut Insurans Malaysia (MII) dan pemain industri lain yang mempunyai kemahiran dapat mengemukakan satu cadangan terbaik kepada kerajaan untuk melaksanakan insurans berkenaan di negara ini.
“Cadangan itu perlu memasukkan kajian sama ada perlunya kerajaan mewajibkan setiap rakyat di negara ini dilindungi insurans,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: