Pelancaran Samsung Galaxy Note 11
Pelancaran Samsung Galaxy Note 11 di sini hari ini. Turut hadir Pengarah urusan Samsung Malaysia , Kwon Jae Hoon (dua dari kanan).
 Samsung Galaxy Note 11
BARU… Seorang peragawati menunjukkan Samsung Galaxy Note 11 semasa pelancarannya.
KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd mengunjurkan pelancaran Galaxy Note II akan meningkatkan prestasi jualan keseluruhannya tahun ini.

Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata sasaran itu boleh direalisasikan berdasarkan sambutan menggalakkan peranti pintar generasi pertama dalam pasaran tempatan sebelum ini.

"Kami menjangkakan jualan telefon pintar baharu itu akan meningkat tiga kali ganda berbanding Galaxy Note generasi pertama," katanya pada pelancaran Galaxy Note II semalam.

Chong berkata jualan syarikat itu di Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sangat kukuh.

"Syarikat itu yakin segmen telefon mudah alih akan terus menyumbang dengan ketara kepada jualan syarikat tahun ini," katanya.

Beliau berkata Galaxy Note II ditawarkan dalam dua warna - "marble white" dan "titanium gray", mulai 19 Okt.

"Ia dijual oleh semua rakan Samsung seperti DiGi, Maxis, dan Celcom dan operator lain mulai 19 Okt pada harga runcit RM2,299," katanya.

Samsung Electronics Co Ltd ialah peneraju global dalam teknologi semikonduktor, telekomunikasi, media digital dan teknologi tertumpu digital, dengan jualan disatukan pada 2011 berjumlah US$143.1 bilion.