ADAKAH anda menggemari salad kentang? Kali ini saya akan berkongsi maklumat dan cara-cara membuat salad kentang.
Sebenarnya terdapat banyak jenis salad kentang yang boleh kita buat.
Selalunya Salad kentang akan digaul bersama sos atau kuahnya yang
dikenali sebagai dressing.
Dressing yang biasa diguna adalah daripada mayonis dan vinegrette
iaitu yang diperbuat daripada minyak sayuran dan cuka. Salad kentang
sering dijadikan sebagai hidangan pembuka selera dan hidangan sampingan
makanan utama.
Kanji dalam kentang mampu mengenyangkan perut anda. Dengan itu tidak
salah untuk anda menikmati salad kentang ini sebagai juadah waktu
tengahari atau malam kerana kentang mengandungi karbohidrat yang tinggi.
Salad kentang juga sangat sesuai dinikmati bersama-sama hidangan barbeku seperti ayam bakar dan daging bakar.
Keunikan salad kentang ini ia boleh dinikmati dengan apa jua makanan
utama. Ia merupakan menu yang popular dibuat untuk majlis dan keraian
hari jadi atau parti-parti lain.
Jika anda suka berkelah dan berkhemah, salad kentang adalah antara
menu yang sesuai dibuat. Anda boleh membuatnya sehari lebih awal dan
simpannya didalam peti sejuk. Kemudian isikan dalam bekas plastik untuk
anda membawanya ke tempat perkelahan atau perkhemahan.
Salad kentang bolehlah dikategorikan sebagai juadah yang sangat mudah
dibuat. Bahan-bahan untuk membuat salad ini memang mudah dicari. Untuk
membuat salad kentang anda boleh menggunakan apa sahaja jenis kentang
yang terdapat di pasaran.
Banyak sahaja jenis-jenis kentang yang boleh anda pilih. Antaranya kentang Waxy, kentang Russet, kentang Idahodan kentang muda yang dikenali sebagai baby potato.
Namun apa yang perlu anda ketahui bahawa
setiap kentang mempunyai rasa yang berbeza-beza dan harganya juga
berlainan mengikut jenis. Orang kata tepuk dada tanya selera yang mana
satu kentang yang ingin anda gunakan.
Bagi saya jenis kentang yang biasa dijual di kedai sudah memadai untuk anda gunakan untuk membuat salad kentang. Tetapi
pastikan anda memilih kentang yang segar. Elakkan mengambil kentang yang sudah kecut, sudah lama dan yang telah bertunas.
Saya lebih menggemari salad yang menggunakan mayonis dan krim kerana
kuah salad ini akan melekat pada kentang dan kita boleh rasa ia sungguh
berkrim dan berlemak apabila dikunyah.
Berbanding jika kita menggunakan kuah salad daripada vinegrette.
Kuah saladnya yang cair akan mendap di bawah dan apabila anda mencedok
kentang, kuah salad pasti akan tertinggal di mangkuk atau pinggan.
Tetapi pada mereka yang menjaga kesihatan menggunakan vinegraitte adalah
lebih sihat kerana bahan utamanya adalah lemak sayuran dan cuka.
Kentang yang anda gunakan boleh direbus, dibakar atau digoreng tetapi
cara paling biasa adalah kita merebus kentang itu. Pastikan kulitnya
dikupas dahulu dan didadu sebelum merebus supaya mencepatkan kerja anda.
Jika anda merebus kentang itu tanpa dikupas dan dipotong kecil ini
akan melambatkan proses menyediakan salad kentang kerana anda perlu
menunggu lama untuk kentang empuk. Anda boleh tidak mengupas kulit
kentang jika mahu tetapi perlulah membasuhnya dengan bersih.
Teknik merebus kentang juga penting, Rebuslah kentang sehingga empuk
sahaja. Jangan terlebih masak kentang yang anda rebus kerana nanti
kentang akan hancur ketika anda menggaul bersama kuah salad.
Untuk mengetahui kentang anda sudah masak cucuk sahaja kentang itu
dengan pisau. Jika senang anda mencucuknya maka tandanya kentang sudah
masak. Anda bebas menggunakan bahan-bahan lain untuk dicampurkan dalam
salad potato.
Resipi ini saya menggunakan tetapi anda boleh menggantikannya dengan kepingan daging lembu (bacon),daging ayam, lembu kisar atau hotdog.
Saya juga menggunakan gherkin iaitu sejenis jeruk timun yang
dijual dalam botol. Akhir sekali jika anda menggunakan mayonis sebagai
kuah salad maka pastikan kentang sejuk dahulu supaya mayonis tidak
menjadi cair ketika anda menggaul.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: