Monday, October 22, 2012

Perkahwinan Adalah Perkara Hebat - Justin Timberlake


Justin Timberlake dan isterinya, Jessica Biel.
LONDON: Pengantin baru aktor dan penyanyi Justin Timberlake yang berkahwin secara rahsia dengan aktres Jessica Biel di Itali pada Rabu lalu, mengakui perkahwinan merupakan perkara yang hebat baginya.
"Majlis (perkahwinan) itu begitu indah dan istimewa untuk diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan kami," katanya kepada akhbar Mirror seperti dipetik majalah People.
Upacara itu dihadiri rakan mereka antaranya pelawak Andy Samberg dan bekas anggota kumpulan 'N Sync iaitu Lance Bass, Joey Fatone, Chris Kirkpatrick dan JC Chasez.
Difahamkan, penyanyi berusia 31 tahun itu menerbangkan kesemua tetamu dan dekorasi majlis itu ke Jerman terlebih dahulu, sebelum ke Itali bagi menjaga rahsia acara itu daripada diketahui umum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: