
JENNIFER ANISTON dirakam bersama kekasihnya, Justin Theroux manakala gambar kiri menunjukan cincin pertunangan mereka.
PERSOALAN mengenai cincin pertunangan pelakon Jennifer Aniston kini terjawab apabila gambar beliau memakai cincin yang diberi bakal suaminya Justin Theroux itu tersebar di internet.
Sumber menyatakan cincin lapan karat yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM1.5 juta) itu menyamai harga cincin yang diberikan bekas suaminya, Brad Pitt kepada Angelina Jolie.
Sumber lain pula mendakwa cincin klasik berwarna kuning emas itu dianggarkan mempunyai ketulenan 12 hingga 18 karat bertatahkan berlian kecil.
Sementara itu, cincin Angelina pula didakwa mempunyai 16 karat.
Sememangnya Jennifer amat sukakan cincin yang besar sebagai perhiasannya sejak beliau berkahwin dengan Brad lagi pada tahun 2000.
Walaupun sukar untuk menentukan cincin siapakah yang lebih berharga, hanya seorang daripada wanita Pitt sahaja yang mampu memenangi perang perkahwinan ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: