Tuesday, October 9, 2012

Mesej kempen ais krim Magnum


NIKMATI mana-mana perisa ais krim Magnum bagi membolehkan anda menyertai peraduan Seek & Win.


SUASANA di Restoran Neo Tamarind, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu hingar bingar. Ratusan jemputan memenuhi ruang terhad zon eksklusif premis tersebut. Biarpun hujan lebat menyebabkan pakaian dan kasut hadirin basah, ia sedikit pun tidak mengganggu kelancaran acara pada hari itu.
Selepas sesi pendaftaran, para tetamu diberi sebatang ais krim Magnum yang mempunyai empat pilihan perisa. Menjengah ke ruang dalaman, atmosfera berubah dengan putaran muzik terkini oleh DJ Biggie.
Kesemua suasana di atas diwujudkan semata-mata meraikan pelancaran kempen terbaharu Magnum, Pure Pleasure yang memberi peluang kepada pelanggan mereka menyertai peraduan Seek & Win.
Kempen tersebut membuka peluang kepada pelanggan bagi memenangi rangkaian hadiah yang menarik. Ia bermula sejak bulan September lalu sehingga penghujung bulan November 2012.
Pengarah Pemasaran, Uniliver (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Hugo Verkuil yang berucap pada majlis tersebut berkata: “Kami percaya setiap individu berhak menikmati keseronokan dalam kehidupan seharian mereka.
“Salah satu cara bagi mendapatkannya sudah tentu menerusi nikmat kelazatan ais krim Magnum. Secara ringkasnya, setiap gigitan Magnum yang disaluti coklat Belgium memberikan perasaan yang menakjubkan.”
“Ia salah satu alternatif memanjakan diri dan memberi ganjaran terhadap diri sendiri. Mesej kempen kami amat mudah iaitu kami mahu semua pelanggan berterusan memburu nikmat keseronokan dalam hidup mereka,” katanya.
Tiang Magnum
Para tetamu turut diperkenalkan kepada empat tiang asas Magnum iaitu fesyen, kembara, muzik dan makanan. Keempat-empat elemen itu dipilih kerana ia adalah nikmat yang dikenal pasti Magnum sebagai pilihan tertinggi dan relevan dalam memenuhi keinginan orang ramai masa kini.
“Empat tiang asas kenikmatan itu membentuk tapak kepada kempen peraduan dalam talian terbaharu Magnum. Kami ingin semua pelanggan merasai nikmat kelazatan ais krim Magnum dan menerima ganjaran berupa hadiah-hadiah lumayan.
“Magnum percaya bahawa hari tanpa nikmat keseronokan adalah hari yang suram dan disebabkan itu, kami cuba mencipta hari yang penuh keceriaan buat pelanggan menerusi peluang yang ditawarkan ini,” tambah Hugo.
Fokus utama acara malam itu ialah pertunjukan fesyen yang memaparkan elemen-elemen daripada empat tiang asas nikmat kehidupan yang diguna pakai oleh Magnum.
Pentas peragaan berlatar projeksi hadiah-hadiah kempen yang menanti peserta peraduan diserikan dengan langkah penuh yakin model-model yang menawan dalam persalinan koleksi baharu Debenhams.
Hadirin turut dihidangkan dengan pencuci mulut berinspirasikan Magnum yang disediakan oleh pakar pencuci mulut, Just Heavenly.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: