Kanak-kanak bersama hasil kutipan sampah masing-masing bersedia untuk membuat timbangan.
Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merangkap Pegawai Kawasan Zon F, Mohd Mohaidin Hashim berkata, pendekatan yang diambil ternyata berbaloi apabila ramai kanak-kanak berusaha mengutip sampah untuk memenangi pertandingan.
Menurutnya, pendekatan itu digunakan bukan sahaja untuk memupuk budaya bersih dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, malah ia mampu memberi kesedaran bahawa penjagaan kesihatan adalah penting.
“Kita sengaja anjurkan pertandingan kutip sampah kanak-kanak kerana nak tengok sejauh mana komitmen mereka terhadap persekitaran rumah supaya kekal bersih dan cantik.
“Ia juga sebagai kesedaran terhadap ibu bapa supaya sama-sama terlibat setelah menyedari anak-anak mereka lebih peka terhadap kebersihan,” katanya.
Hadir sama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan barisan Ahli Majlis MPSPK.
Mohd Mohaidin berkata, selain melibatkan penyertaan kanak-kanak, pertandingan blok terbersih juga diadakan dan dimenangi Blok G.
“Kita lihat kerjasama yang ditunjukkan baik di mana 600 keluarga dari lapan blok turun padang sama-sama terlibat membersihkan kawasan Flat Paya Nahu ini,” katanya.
Beliau berkata, gerakan secara besar-besaran yang dibuat itu juga sebagai kempen tanggungjawab menjaga kebersihan.
Katanya, selain pembersihan kawasan, aktiviti membuat kawalan vektor, penampalan lubang jalan dan pembersihan longkang turut diadakan yang mendapat kerjasama MPSPK dan Enviroment Idaman Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: