
PESERTA dari Johor menunjukkan aksi
fit ball sempena Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2012 di Pusat
Beli-Belah The Summit, Subang Jaya semalam.
PETALING JAYA - Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2012 yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Beli-Belah The Summit, Subang Jaya dekat sini dapat menjadi platform kepada masyarakat untuk terlibat dengan pertandingan sukan bukan berprestasi tinggi.
Penolong Pengarah Cawangan Kecergasan Kebangsaan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Lidyawati Hamzah berkata, sebelum ini orang awam tidak mempunyai medium yang sesuai untuk melibatkan diri pada pertandingan sukan seperti senamrobik dan lompat tali.
"Jadi, kita wujudkan karnival seperti ini dan menyuntik unsur-unsur pertandingan yang bertujuan menggalakkan masyarakat terlibat dalam mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan.
"Oleh itu, kita dapat mencipta pemikiran baharu yang mana aktiviti sukan tidak lagi terhad kepada sukan berprestasi tinggi seperti badminton malah turut melibatkan acara seperti aerobik dan fit ball," katanya ketika ditemui pada karnival itu semalam.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya sedang meneliti dan menimbang untuk menjadikan karnival itu sebagai acara tahunan.
"Kali terakhir program ini diadakan pada tahun 2009 sebelum terhenti buat sementara waktu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: