Friday, October 26, 2012

Gigi sihat sepanjang hayat


SETIAP peserta pertandingan mewarna tidak pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing mendapat hadiah sagu hati daripada pihak Darlie.


RUANG legar AU2 Jusco Setiawangsa tanggal 15 September lalu lain daripada biasa. Beberapa orang kanak-kanak dan golongan dewasa mengerumuni seorang wanita untuk mendapatkan autograf serta merakamkan foto kenang-kenangan.
Segala tanda tanya mengenai tujuan acara itu seakan-akan terjawab apabila kelibat selebriti terkenal tanah air iaitu Vanidah Imran yang merupakan Duta Darlie hadir bagi menjayakan kempen kesedaran kepentingan kesihatan gigi Darlie.
Kempen tersebut diadakan bagi menguar-uarkan produk terbaharu Darlie iaitu ubat gigi Double Action Enamel Protect.
Pelbagai aktiviti direncanakan sepanjang hari, antaranya peraduan mewarna untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun, permainan Spin & Win, permainan Darlie dan penjualan produk-produk Darlie pada harga istimewa.
Di satu sudut ruang legar tersebut, kelihatan beberapa orang kanak-kanak begitu khusyuk mewarna lukisan yang diberikan sambil ditemani ibu bapa masing-masing.
Ada pula yang mendapat arahan daripada ibu bapa mengenai warna yang perlu dipilih bagi memastikan anak-anak mereka membawa pulang hadiah kemenangan.
Hadiah istimewa
Bagi pengunjung yang membuat pembelian RM15 ke atas, mereka berpeluang menyertai Peraduan Spin & Win dan Permainan Darlie yang menjanjikan hadiah berupa beg eko, berus gigi serta ubat gigi Darlie Double Action Enamel Protect.
Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Leong Kok Fong, kempen jelajah tersebut merupakan kali pertama diadakan dan ia mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

SELAIN mengadakan pelbagai aktiviti menarik, pengunjung juga berpeluang membeli produk-produk Darlie pada harga istimewa.


“Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Kesihatan oral sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan,” katanya.
Tambahnya, ubat gigi terbaharu Darlie iaitu ubat gigi Double Action Enamel Protect mempunyai tiga kuasa pelindung enamel iaitu menguatkan kalsium, mengekalkan enamel dan menghadang hakisan asid.
“Ia bukan sahaja menguatkan enamel, malah membuatkan gigi lebih sihat dan nafas yang segar.
“Selain itu, berus gigi baharu antibakteria turut dijual di sini. Ia yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana berusnya diperbuat daripada arang,” ujarnya.
Sementara menunggu keputusan peraduan mewarna diumumkan, para pengunjung terutamanya kanak-kanak dihiburkan dengan persembahan Teeth Boxing oleh Shawn Lee yang merupakan juara Beatbox Asia dan mendapat tempat keempat pada kejohanan dunia.
Pelbagai bunyi unik dihasilkan daripada mulut Shawn yang kedengaran seperti muzik rancak berentak hip hop.
Kanak-kanak begitu khusyuk melihat aksinya, malah ada yang cuba meniru aksi Shawn dengan menjuihkan bibir mungil mereka.
Debaran para peserta peraduan mewarna semakin terasa saat para juri sibuk mengadili dan memilih karya seni terbaik pada pandangan mata mereka.
Biarpun pelbagai hadiah menarik menjadi habuan buat tiga pemenang teratas, tiada seorangpun kanak-kanak itu pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing menerima sagu hati daripada Darlie.
Demi nafas segar

BEGINILAH telatah kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna di AU2 Jusco Setiawangsa baru-baru ini.


Dalam pada itu, bagi Vanidah, jenama Darlie sangat sinonim dengan dirinya sejak kecil.
“Kempen kesedaran seperti ini sangat penting untuk penjagaan gigi dan nafas. Mungkin amalan memberus gigi dua kali sehari sangat payah untuk dilaksanakan terhadap kanak-kanak, tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan mereka.
“Kesihatan gigi kita mencerminkan personaliti kita. Bayangkan apabila sedang berinteraksi dengan orang, nafas kita berbau, pasti ia menimbulkan rasa kurang selesa bukan?” katanya.
Oleh yang demikian, bagi memastikan kesihatan gigi anak-anaknya terjamin, Vanidah mempunyai rejim penjagaan gigi buat permata-permata hatinya dan salah satunya ialah berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.
“Penjagaan gigi seharusnya diterapkan sejak usia anak-anak kecil supaya mereka tidak anggap remeh mengenai soal penjagaan gigi.
“Ayah saya sendiri mencabar saya. Pada usia 75 tahun, dia masih mempunyai semua gigi. Walaupun sudah berumah tangga, saya masih amalkan cara-cara menggosok gigi yang diajar olehnya,” katanya yang menegur sikap sesetengah ibu bapa yang memberikan anak-anak mereka jus dalam botol kerana ia sebenarnya menjadi punca kerosakan gigi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: