Asril (kanan) dibawa keluar dari mahkamah
Asril Hasan,60, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dihadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allia.
Mohd Azlan menetapkan hukuman tiga tahun penjara bagi setiap kesalahan yang dibenarkan dijalankan secara serentak dan dikecualikan dari dikenakan sebatan atas faktor umur.
Asril didakwa pada 24 Oktober lepas memperdaya mangsa M Rosmini untuk menyerahkan dua bentuk cincin emas untuk proses bomoh pelaris perniagaan di sebuah rumah di Kampung Pasir jam 1 pagi.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama ke atas mangsa Elmawati Kadir untuk menyerahkan RM1900 dan gelang emas berbentuk duit syiling untuk tujuan pelaris perniagaan di alamat yang sama, 26 Otober lepas jam 1 tengahhari.
Asri didakwa menipu mangsa apabila gagal dihubungi dan dikesan selepas mengambil barangan kedua-dua mangsa.
Atas kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat dan juga dikenakan denda.
Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: