Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron berkata, walaupun AIM merupakan penentu tahap kehebatan seseorang penyanyi itu, dia akur untuk tidak menyertainya memandangkan syarat-syarat utama penyertaan menegaskan penghasilan sesebuah album perlu dibuat di negara ini sepenuhnya.
"Sebelum memutuskan untuk membikin album baru sepenuhnya di Indonesia, saya nekad dan akur kerana tidak mungkin dapat mencalonkan album berkenaan dalam AIM nanti.
"Dan tidak kisah kerana untuk kali ini saya inginkan hasil kualiti muzik yang lebih baik berbanding sebelumnya. Agar dapat memberi kepuasan sepenuhnya kepada para peminat apabila membeli album itu nanti.
Tambah anak kepada penyanyi Salamiah Hassan ini, album yang masih lagi mengekalkan konsep Jazz seperti album pertamanya, Sangkar itu akan dilancarkan di Indonesia sebagai salah satu rangka promosi untuk melebarkan sayapnya dalam industri muzik Indonesia.
Sebelum ini, Atilia juga pernah melancarkan album keduanya, Indah di negara tersebut.
"Diakui, ada beberapa lagu saya yang menarik minat pendengar muzik negara ini tetapi kebanyakannya kurang diterima mereka dan pendengar di sana (Indonesia) lebih menyukai muzik Jazz selain mempunyai penduduk yang sangat ramai.
"Insya-Allah, saya yakin album itu bakal mendapat sambutan memandangkan lagu saya seperti Harus Bagaimana dan Silly Litle Thing (menampilkan kumpulan Sore) diterima masyarakat di sana.
"Tambahan pula, syarikat Demajors di Jakarta yang akan mengedarkan album di negara itu, jadi saya percaya mereka mempunyai pelan promosi yang bagus," ujarnya.
Selain itu, Atilia juga sedang membuat persiapan untuk mengadakan sebuah konsert mini di Jakarta pada penghujung tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Atilia turut sibuk dengan perniagaan fesyen pakaian iaitu Baajookoo yang diuruskan bersama-sama dengan sahabat karibnya iaitu Yasmin Hani dan Dephne Iking.
Bagi yang berminat, layari baajookoo.com atau menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
assalamualaikum,saya dari indonesia dan saya tak sabar menantikan album ini.saya suka musik jazz...goodluck atilia
ReplyDelete