Barisan para pelakon 'Putera Rayyan'.Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 42, berkata, masalahnya itu juga membuatkan dia tidak boleh fokus pada drama yang diterbitkan bawah produksinya iaitu A.Aida Production termasuklah dalam penulisan skrip.
"Bayangkan jika skrip drama yang saya hasilkan biasanya mengambil masa dalam satu atau dua hari, tetapi sejak kebelakangan ini ia mengambil masa sehingga dua bulan.
A. Aida - gambar failAida ditemui pada pelancaran drama Putera Rayyan di Restoran Rebung, di sini, petang Selasa.
Pada 18 Oktober lalu, pelakon itu telah mengemukakan permohonan fasakh terhadap Suffian selepas tidak dapat mencapai persetujuan untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta, dekat sini.
Aida berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.
Antara bintang utama Putera Rayyan."Sebenarnya cerita asal drama ini adalah mengenai Bawang Putih Bawang Merah, tetapi ia di olah dengan memberi fokus pada kisah Putera Rayyan yang ada dalam kisah hikayat itu.
"Jadi penulis skripnya Wan Mahani mengembangkan plot cerita Rayyan yang terpaksa mengharungi cabaran dalam perkahwinannya bersama Arisa," tuturnya.
Drama bersiri 23 episod itu bakal menemui penonton setiap hari Selasa dan Rabu bermula 31 Oktober ini.
Ia akan disiarkan pukul 10.30 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: