
PENGASAS Soulstar, Zaini Zainuddin
(kanan) menyampaikan taklimat kepada peserta separuh akhir Soulstar 2012
di Kampung Budaya Sarawak, Santubong baru-baru ini.
KUCHING - Seramai 34 peserta akan berentap pada konsert separuh akhir Soulstar 2012 bagi memilih 20 peserta akhir di pusat beli-belah Riverside di sini pada Sabtu ini.
Penyelaras Acara Soulstar 2012, Alyaa Mastura Noorjaya Chew berkata, para peserta tersebut akan dipilih berdasarkan markah 70 peratus oleh tiga panel, manakala 30 peratus lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut beliau, bagi markah menerusi undian SMS, para peminat boleh menghantarnya sama ada secara satu undian atau pukal iaitu lima undian dan 10 undian kepada peserta pilihan masing-masing.
"Para peminat boleh menghantar SMS kepada peserta pilihan masing-masing bagi memastikan mereka mara dan layak menyertai konsert mingguan pertama Soulstar 2012," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Program Soulstar akan menampilkan sembilan konsert dengan tema yang berbeza dan akan membuka tirai pada 10 November ini di Kampung Budaya Sarawak.
Alyaa memberitahu, cara untuk mengundi SMS seperti berikut: satu undian SS
Setiap undian SMS akan dikenakan caj RM0.50, lima undian (RM2) dan 10 undian (RM3.50).
Program Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak (SCV) dan E-One Dasri Talent Management, manakala akhbar Kosmo! sebagai rakan media rasmi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: