![]() |
|
Mohd. Puad
|
KANGAR – Seramai 10,000 peserta telah menyertai 13 siri ceramah bagi memerangi gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh negara setakat ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada kepimpinan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), guru kaunseling dan guru penolong kanan hal ehwal murid begitu komited mahu memerangi gejala LBGT habis-habisan.
Seminar sama akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 16 Oktober ini.
Beliau berkata, gejala LGBT di negara ini semakin membimbangkan dan ia antara cabaran yang perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan dan rakyat.
“Gejala LGBT yang turut disokong dan diperjuang oleh pihak tertentu di negara ini merupakan ancaman kepada budaya murni rakyat dan boleh mencetuskan suasana tidak sihat dalam negara,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: