LONDON: Bekas permaisuri Sultan Brunei, Mariam Aziz, 55, menuduh bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, 34, mencuri dan menjual berlian kepunyaan beliau bernilai £12 juta (RM57.25 juta) sebelum menggantikannya dengan yang palsu.
Beliau bagaimanapun menambah, Fatimah sekarang mendakwa bahawa dia ‘dipaksa’ membuat pengakuan.
“Fatimah berkata, dia diarahkan oleh Mariam agar menjual berlian berkenaan untuk membayar hutang judi bekas permaisuri itu sendiri tetapi menggunakan nama pengawal peribadinya.
Mahkamah juga diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya untuk ‘meminjamkan’ Fatimah dua bentuk cincin berlian biru dan kuning, tetapi tidak pernah dikembalikan.
Afifa berkata, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin berkenaan dua kali pada November dan Disember 2009, selama beberapa jam dan berjani akan ‘memulangkannya secepat mungkin’.
“Fatimah memberitahu saya bahawa dia sedang menjalankan satu urus niaga hartanah dan bertanya jika saya boleh meminjamkan barang kemas berharga kepunyaan bonda saya. Ketika itu saya benar-benar percayakannya. Dia seperti sahabat karib saya,” katanya.
Afifa berkata, Fatimah merayu kepadanya agar tidak memberitahu Mariam, apabila cincin dipinjamnya diganti dengan cincin palsu.
“Bonda saya panik apabila mendapati bahawa cincin sebenar sudah hilang, manakala sebentuk lagi cincin yang menyerupainya sudah diubah,” katanya.
Afifa berkata, bondanya tidak memberi izin untuk menyerahkan berlian berkenaan kepada tertuduh, sambil menambah bahawa beliau mendapat tahu bahawa Fatimah mengaku mencuri barang kemas itu di Brunei.
Fatimah yang tidak hadir pada perbicaraan berkata, dia tidak diwakili peguam kerana kekurangan wang, juga dituduh mengambil gelang berlian daripada majikannya pada 2008 sebelum menjualnya.
Mariam mengemukakan saman ganti rugi bagi nilai penuh gelang tangan itu dan mengemukakan satu lagi kes menuntut cincin berlian biru dan kuning itu dikembalikan daripada seorang peniaga yang dikatakan membelinya di Geneva.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: