Thursday, March 8, 2012

Penjimatan sehingga 70 peratus

PERKUKUH...Sandip  pada sidang media pada majlis pelancaran Maxis Bagus di Subang Jaya, semalam.
PERKUKUH...Sandip pada sidang media pada majlis pelancaran Maxis Bagus di Subang Jaya, semalam.

PENERAJU perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) komited untuk terus mempertingkat dan memperkukuhkan pasaran prabayarnya menerusi pengenalan pelan prabayar terbarunya, Hotlink Bagus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, sebagai peneraju dalam pasaran prabayar di negara ini pihaknya menguasai 38 peratus dalam pasaran terbabit.


Katanya, jumlah pelanggan prabayar Maxis pada masa ini adalah lebih kurang 11.3 juta orang di seluruh negara dan kebanyakannya dari segmen golongan remaja dan orang muda yang baru bekerja.

“Kami yakin dengan pengenalan produk baru ini akan dapat membantu syarikat untuk menguasai serta menjadi peneraju bagi kedua-dua segmen ini dan bagaimanapun bagi segmen pelancong serta pekerja asing kami masih tidak mencapai sasaran menguasai pasaran segmen berkenaan.


“Tetapi kami akan memastikan pelanggan prabayar memperoleh pengalaman penggunaan kad prabayar Maxis serta mendapat liputan yang meluas selain memberi nilai tambah pada produk sedia ada,” katanya pada sidang media pada majlis pelancaran Maxis Bagus di Subang Jaya, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Uda, Ketua Pegawai Operasi Bersamanya, Suren J Amarasekera dan Ketua Produk Mobilitinya, Jeff Chong.

Sandip berkata, Hotlink Bagus menawarkan pengalaman mudah alih terbaik kepada pengguna pada kadar yang terbaik dan penjimatan sehingga 70 peratus.


“Ia menawarkan penyelesaian untuk keperluan pelanggan yang semakin berubah sama ada sewaktu di rumah, tempat kerja atau di mana saja dan menerusi produk ini, pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk memilih apakah pelan yang sesuai untuk mereka kerana ia menawarkan semuanya,” katanya.

Hotlink Bagus menawarkan lima perkhidmatan kepada pengguna iaitu panggilan suara, SMS, Internet, IDD dan perantauan. Ia kini sudah boleh didapati di seluruh rangkaian Maxis atau kedai yang mengambil bahagian dengan harga serendah RM5.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: