
AMPANG JAYA- Kos bil penggunaan air kira-kira 300 mangsa banjir di Taman Lembah Jaya Utara akan dikecualikan selama sebulan bagi meringankan beban mereka.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk menampung kos itu setelah mendengar rintihan penduduk di situ yang kini sibuk membersihkan rumah masing-masing.
Sehubungan itu, satu perbincangan akan diadakan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung cadangan tersebut.
"Setelah meninjau sendiri tahap kemusnahan yang dihadapi penduduk, saya mengakui bahawa bantuan perlu diberikan bagi meringankan beban mereka.
"Justeru, saya akan mengusahakan agar perbelanjaan bil air mereka untuk bulan ini dapat disubsidikan ataupun dikecualikan terus," ujarnya kepada pemberita selepas melawat kawasan berkenaan di sini semalam.
Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan sumbangan serta melawat kira-kira 30 buah rumah yang terjejas teruk akibat bencana alam itu.
Kosmo! bertarikh 9 Mac lalu melaporkan mengenai banjir yang disifatkan terburuk dalam tempoh 30 tahun lalu yang melanda kira-kira 300 buah keluarga yang menetap di kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: