
PEKAN - DRB-HICOM tidak bercadang untuk melaksanakan penjenamaan semula mana-mana model kenderaan pengeluar lain seperti Volkswagen Polo sebagai kereta nasional setelah menyelesaikan proses pengambilalihan Proton Holdings Bhd. (Proton) pada minggu hadapan.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, membuat penjenamaan semula model kenderaan lain merupakan satu langkah yang tidak tepat untuk membangunkan industri automotif negara dan sekali gus kepada syarikat berkenaan sebaliknya ia merupakan langkah untuk mundur setapak ke belakang.
"Saya terkejut dengan laporan itu, kami tidak mempunyai niat dan tidak pernah bercadang untuk membuat penjenamaan semula.
"Sekiranya kita mahu membangunkan industri automotif negara dan syarikat automotif nasional, kita mesti bergerak maju ke hadapan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: