Monday, March 26, 2012

Strategi Ahmad Idham


BARISAN pelakon yang bakal menjayakan teater Gerimis Mengundang bermula malam esok di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.


MENGARAH teater muzikal Gerimis Mengundang (GM) yang bakal dipentaskan malam esok di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bukan sekadar untuk menambah koleksi karya kerjanya.

Bagi pengarah Ahmad Idham Ahmad Nazri, teater kedua arahannya itu adalah sebagai penanda aras untuk industri hiburan tanah air.

Katanya, GM yang menggabungkan pelakon tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura bukan sekadar untuk menjalin hubungan antara penggiat seni dalam pelbagai bentuk tetapi juga sebahagian strategi pemasaran.

Menurut Idham, adalah menjadi harapannya untuk membawa teater lakonan Kamal Adli, Mikha Tambayong dan Shenthy Feliziana ke negara jiran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: