Friday, March 9, 2012

Serah borang terus di Melaka

DAPATKAN magnet Zizan.
DAPATKAN magnet Zizan.
PEMINAT di sekitar Melaka atau yang berhampiran boleh menyerahkan terus borang undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 terus kepada penganjur sempena jelajah promosi anugerah ini di Dataran Pahlawan Mall, Bandar Hilir Melaka, esok dan lusa.

Malah peminat dan pembaca juga boleh membuat undian dan menghantar terus kepada kami dengan mendapatkan borang dalam akhbar Berita Harian pada hari berkenaan.Sementara itu, pelbagai barangan eksklusif edisi terhad ABPBH2011 disediakan kepada pengunjung yang hadir ke Dataran Pahlawan Mall. Barangan eksklusif seperti pelekat bermagnet gambar pemenang ABPBH tahun lalu, kemeja T, payung, lanyard, rantai kunci dan banyak lagi turut ditawarkan yang bukan saja boleh didapati dengan menukar kepala akhbar Berita Harian (BH) malah boleh didapati secara percuma.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH2011 merangkap Pengarang Hiburan BH, Zainuri Misfar, berkata pelbagai barangan ini antara tanda kenangan yang tidak boleh didapati di mana-mana kedai cenderamata.

“Kepada orang Melaka khususnya, mereka bukan saja berpeluang bertemu artis popular malah boleh membawa pulang barangan eksklusif yang disediakan penganjur. Mereka hanya perlu menyediakan keratan kepada akhbar BH sebanyak 10 keping dan menukar dengan cenderamata. Selain itu mereka juga boleh bermain dengan permainan roda berputar yang turut menyediakan hadiah eksklusif,” katanya.

Selepas siri jelajah ABPBH2011 di SACC Mall, Shah Alam pada 25 & 26 Februari lalu serta Berjaya Megamall, Kuantan Pahang (3 & 4 Mac), jelajah ABPBH2011 meneruskan misi mencari bakat baru dalam nyanyian menerusi pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) yang diadakan pada 10 Mac, bermula jam 10 pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: