Saturday, March 10, 2012

Sabun sel stem epal


MENURUT Zaiton, Magic Soap sesuai digunakan pada wajah dan badan.


TIGA tahun lalu, Zaiton Omar, sentiasa mengeluh keletihan dan tidak bermaya. Acap kali melakukan kerja-kerja harian, ibu kepada tiga cahaya mata itu cepat letih dan berasa sengal-sengal otot.

Enggan membiarkan dirinya terus lemah meskipun sudah menginjak usia 50 tahun, Zaiton berusaha mencari suplemen kesihatan. Bermacam-macam vitamin telah dicuba tetapi hasilnya tetap sama sehinggalah wanita yang menetap di Alor Setar, Kedah itu diperkenalkan dengan rangkaian produk jenama BCI.

“Tak dinafikan sebelum ini bermacam-macam produk kesihatan saya cuba tetapi keputusannya mengecewakan. Tapi, minuman kesihatan Stem Science Nutrifresh Beverage, jenama BCI pula sebaliknya.

“Dalam tempoh sebulan mengamalkan secara konsisten, saya merasai perbezaannya. Badan bukan saja terasa segar malah saya semakin aktif biarpun bekerja lebih daripada 12 jam. Lebih menggembirakan, kulit badan menjadi lembut dan kembali tegang,” jelas Zaiton yang menyarankan supaya minum segelas Stem Science Nutrifresh Beverage, setiap pagi.

Tambah Zaiton, keistimewaan produk berkenaan adalah terletak pada bahan utamanya iaitu sel stem epal dari Switzerland dan kandungan kolagennya.

Selain bertindak mengganti sel-sel dalam badan yang rosak dek faktor usia, minuman kesihatan berperisa epal itu turut membantu menganjal dan menyerikan kulit badan.

BCI yang merupakan bisnes kosmetik dan minuman kesihatan berasaskan sel stem epal dari Switzerland itu diperkenalkan di negara ini sejak dua tahun lalu. Setakat ini BCI berjaya mengumpul hampir 10,000 orang ahli di Malaysia dan Indonesia.

Pada peringkat awal, BCI hanya menampilkan lima jenis produk yang terdiri daripada Stem Science Brightening & Firming Moisturizer, Stem Science Nano Gold Mositurizer, Stem Science Night Cream, Stem Science Nutrifresh Beverage dan Stem Science Nutrifresh Diet Slim.

“Kini kami memperkenalkan produk terbaharu Magic Soap iaitu sabun yang boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Ia membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan mencerahkan kulit.


KRIM Stem Science Brightening & Firming Moisturizer membantu menganjalkan kulit.


“Kebanyakan individu berpendapat bahawa mencerah dan memutihkan kulit wajah merupakan proses yang sama. Padahal kedua-duanya berbeza kerana proses pencerahan berlaku selepas sel-sel kulit mati dibuang manakala pemutihan pula melibatkan teknik pengelupasan,” jelas Zaiton mengenai Magic Soap yang dijual pada harga RM300 untuk dua biji sabun seberat 100 gram setiap satu.

Bebas bahan peluntur

Sabun yang diperbuat daripada sel stem epal itu, bebas bahan kimia dan hidrokuinon iaitu sejenis peluntur yang menghakis kulit.

Sementara itu, produk Stem Science Brightening & Firming Moisturizer bertindak dua dalam satu. Ia membantu mencerah dan melembutkan kulit, dan boleh digunakan sebagai krim asas.

Kepada mereka yang ingin mengetahui keistimewaan produk BCI, satu majlis minum petang bersama BCI akan diadakan di tiga buah zon iaitu Zon Utara, Zon Pantai Timur dan Zon Tengah. Acara untuk Zon Utara akan diadakan pada 31 Mac ini. Antara programnya ialah diskusi mengenai topik kecantikan dan khasiat sel stem epal, serta cabutan bertuah. Peserta berpeluang mendapatkan produk kecantikan BCI yang bernilai RM180. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon drama bersiri, Juvana, Izreen Azminda Aznam. Mereka yang ingin menyertai program ini perlu membayar RM100 sebagai yuran penyertaan.

Bagi Zon Pantai Timur, majlis akan berlangsung pada 13 April ini, manakala Zon Tengah iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Mei 2012.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: