BEGITU banyak anugerah yang telah diterimanya dan jika disenarai sudah cukup membuktikan kehebatan syarikat peruncit ini di pasaran.
Itulah kejayaan yang telah diraih oleh Sa Sa. Sejak penubuhannya pada tahun 1978, Sa Sa berkembang membina empayarnya sendiri dalam penjualan minyak wangi, kosmetik dan juga barangan penjagaan kulit.
Antara anugerah yang dimiliki Sa Sa ialah menjadi rangkaian peruncit terbesar di Asia dalam kedudukan 500 di majalah Retail Asia. Selain itu Sa Sa juga diiktiraf sebagai penerima anugerah Hong Kong Corporate Branding Awards tahun lalu.
Ini membuktikan ia bukanlah calang-calang peruncit dan bersempena dengan itu, Sa Sa turut membuka cawangan terbarunya di pusat membeli belah Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengarah Urusan Sa Sa Malaysia, Corina Loi berkata, tahun ini menyaksikan kemasukan begitu banyak jenama baru di bawah Sa Sa dan ini begitu bertepatan dengan kehendak dan keperluan pengguna pada masa kini.
"Kami begitu berbangga mengumumkan penambahan rangkaian jenama penjagaan kulit terbaru dan kini terdapat tidak kurang dari 13 jenama yang bakal memenuhi keperluan pengguna.
"Antara yang dibawa masuk ialah Dr. Jart, jenama nombor 1 di Korea, Dr. Wu, jenama nombor 1 di Taiwan, Dr. G, Dr. Young, BRTC, Skin Doctor, GoodSkin Labs dari Amerika dan pelbagai lagi," jelas Corina ketika berucap pada majlis pelancaran syarikat itu baru-baru ini.
Majlis itu turut meraikan ulang tahun ke-34 jenama itu dengan kehadiran artis dan selebriti seperti Dynas, Daphne, Xandria Ooi dan Elaine Daly.
Selain jenama penjagaan kulit, Sa Sa juga bekerjasama dengan Cyber Colors untuk mengadakan satu pencarian realiti televisyen yang diberi nama Cyber Colors Glamour Girl Search TV. Ia merupakan satu rancangan yang menjadi platform kepada remaja wanita berusia 25 tahun untuk mendapat kemahiran dalam bersolek, bidang peragaan dan pelbagai lagi.
"Dalam anugerah Brand Laureate, Sa Sa Malaysia telah memenangi anugerah Jenama Terbaik dan Penjualan Runcit Kosmetik dan Penjagaan Kulit. Malah kami turut mendapat pengiktirafan sebagai kedai harga mampu oleh Kementerian Perdagangan dan Kepenggunaan Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: