SHAH ALAM - Keprihatinan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos perubatan Nur Suhaila Tukijan, menyentuh perasaan ibunya, Hanita Mohd Tahir.
Ternyata ucapan terima kasih yang tidak terhingga tidak cukup baginya bagi menghargai sumbangan orang ramai demi menyelamatkan nyawa anaknya.
Sejak kisahnya dipaparkan 22 Februari lalu, Sinar Harian dimaklumkan, sumbangan RM8,900 telah berjaya dikumpulkan.
Hanita berkata, orang ramai terus menyumbang selepas kisahnya dipaparkan iaitu memerlukan RM60,000 untuk menampung kos rawatan keseluruhan.
"Saya amat terharu atas keprihatinan orang ramai yang simpati dengan nasib anak saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang membantu. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.
"Hasil sumbangan orang ramai juga, saya telah mendapatkan tiket kapal terbang, penerbangan pada 19 Mac ini, bagi membolehkan Suhaila menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai," katanya.
Pembedahan dijadual pada 22 Mac ini.
Hanita berharap ada cahaya bagi anaknya meneruskan kehidupan seperti anak-anak lain.
Sinar Harian difahamkan, Lembaga Zakat Selangor juga dalam proses mempertimbangkan dana RM35,000 bagi menampung kos rawatan Nur Suhaila.
"Hari ini adalah penentuannya. Saya berharap keputusan itu menyebelahi anak saya," kata Hanita.
Nur Suhaila, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam menghidap "Congenital Disorder".
Nur Suhaila mempunyai dua rahim, dengan salah satunya tidak berfungsi dan satu buah pinggang sahaja.
Pembedahan di Dubai akan membuang rahimnya yang gagal berfungsi tetapi terus membengkak.
Bagi yang ingin terus memberi sumbangan, boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank milik Hanita: 112101581281.
Tuesday, March 6, 2012
RM8,900 diterima, ibu Suhaila terharu sumbangan ramai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: