Anuar Zain
Sebaliknya rayuan itu dibuat kerana jumlah yang perlu dibayar itu tidak setimpal serta mahu menuntut hak yang sepatutnya.“Saya sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dua hari lalu. Jumlah yang sepatutnya mereka bayar adalah RM63,000. Saya bertindak begitu bukan kerana gilakan wang tetapi ini berkaitan soal hak dan maruah. Mereka tidak tahu betapa sukarnya saya untuk menghasilkan album kedua itu.
“Walaupun keputusan sudah dikeluarkan, saya tetap membuat rayuan dan sanggup menunggu sehinggalah kes ini dapat diselesaikan seperti yang saya harapkan,” kata Anuar ketika ditemui pada majlis sidang media persembahan Minggu Setiausaha yang bakal dijayakannya di dua lokasi berbeza iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan The Zon Regency Hotel Johor Bharu.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif JM Morizz, Hafidz Moro.
Untuk persembahan di KLCC tarikh yang dipilih adalah 10 April manakala di The Zon Regency Hotel Johor Bharu pula adalah pada 17 April.
Pada 14 Mei 2010, penyanyi yang baru saja menyambut ulang tahun ke-42 semalam ini menang kes saman tuntutan balasnya terhadap Syncrosound Records.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman itu membayar royalti kepada Anuar.
Sementara itu, sebuah biografi mengenai Anuar bakal dihasilkan bersempena dengan persembahan Minggu Setiausahanya bertemakan Era Keemasan 60-an Kenangan Manis Romantis.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-78807999.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: