|
|
SELAIN menjalani latihan ketat setiap hari, atlet juga perlu menjaga penampilan mereka. Selebriti sukan kita minggu ini, seorang
pemain tenis profesional negara, Ariez Elyaas Deen Heshaam mengakui penampilan adalah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang atlet.
Sesibuk mana Ariez dalam mengharungi aktiviti harian, dia akan memastikan sentiasa ada masa untuk melakukan senaman penjagaan badan.
Bagi remaja berusia 19 tahun ini, dia bukan saja perlu sentiasa cergas kerana dirinya seorang atlet, tetapi penampilannya juga perlu sentiasa dijaga.
Kata Ariez, kecergasan serta penampilan yang baik membantunya untuk tampil lebih yakin apabila berada di atas gelanggang dan berdepan orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: