Sunday, March 18, 2012

Lagu Ainan di YouTubedipadam




RATA-rata artis kelahiran laman sosial YouTube kebiasaannya punya akaun tersendiri untuk berkongsi bakat, bagaimanapun tidak buat pendatang baru bernama Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang dikenali menerusi saluran berkenaan.

Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asal Aku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.

"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: