
Zaidi Osman mahu berkongsi perniagaan dalam industri perkahwinan bersama usahawan-usahawan lain melalui sistem francais.
PELUANG perniagaan patut direbut oleh mereka yang mahu bergiat dalam lapangan ini kerana ia pastinya memberikan keuntungan dan pulangan yang setimpal apabila kena dengan caranya.
Banyak aktiviti perniagaan yang boleh dijadikan bahan untuk diniagakan ini termasuk dalam bidang kraf tangan perkahwinan dan andaman.
Justeru, bagi mereka yang berminat untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Dios Flowers & Handicrafts Sdn. Bhd., melalui perlaksanaan strategi perluasan pasaran telah menawarkan peluang perniagaan berbentuk francais.
Tawaran sudah tentu diberi kepada para usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan produk kraf tangan perkahwinan dan kelengkapan andaman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: