![]() |
| ZAKAT tidak sahaja popular laman sosial Facebook tetapi dari aspek agihan juga memerlukan bantuan kemajuan IT agar ia lebih berkesan dan sampai kepada sasaran. - Gambar hiasan |
EMM… mana sempat nak bayar zakat. Sibuk dan tidak ada masa nak pergi ke kaunter zakat."
Inilah antara alasan yang lazim digunakan oleh mereka yang tidak sempat membayar zakat. Kesesakan jalan raya, kesusahan mencari parkir dan harus pula beratur serta menunggu di kaunter zakat, dijadikan alasan untuk 'menjustifikasikan' tindakan.
Hakikatnya, kita hanya perlu berpegang kepada pepatah Melayu, 'jika hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.'
Ironisnya, dunia sudah pun berubah dan kini, dengan adanya kemudahan internet di sana sini, maka sepatutnya tiada lagi kalimah menunaikan zakat itu susah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: