Saturday, March 17, 2012

Kereta elektrik tangani jenayah dipamerkan


VAUXHALL Ampera dilengkapi teknologi dan peralatan kepolisan terkini.


VAUXHALL telah memenangi satu pertandingan anjuran Persatuan Ketua-ketua Polis Sistem Pengangkutan Pintar (ACPO ITS) menerusi sebuah kereta elektriknya yang dipasang dengan teknologi canggih untuk menangani jenayah. Teknologi-teknologi itu bakal diperkenalkan kepada pasukan polis United Kingdom (UK) menjelang tahun 2015.

Vauxhall memperkenalkan model Ampera yang dilengkapi peralatan kepolisan terkini pada Persidangan Keselamatan dan Polis baru-baru ini di Farnborough, Hampshire UK.

Ampera yang dinobatkan pemenang anugerah Car of the Year dan calon bagi kategori European Car of the Year itu dipasang dengan pelbagai kit berteknologi tinggi bagi membantu polis menjalankan tugas.

Antara kelengkapan yang dipasang ialah empat unit kamera luar untuk mengumpul maklumat dan satu kamera bagi tujuan pengecaman wajah yang disambung dengan pangkalan data polis UK. Malah, skrin paparan yang membolehkan pegawai polis mencari maklumat, misalnya nombor plat kenderaan turut dipasang.

"Kami berbangga kerana terpilih sebagai pemenang ACPO ITS. Vauxhall juga teruja untuk mempamerkan Ampera yang padat dengan peralatan elektronik canggih bagi membanteras jenayah," kata Pengurus Kenderaan Khas Vauxhall, Dick Ellam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: