KUALA LUMPUR – Kerajaan tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah cuti umum apabila cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu diyakini telah mengambil kira aspek produktiviti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting adalah untuk semua pihak meningkatkan produktiviti supaya ekonomi negara dapat terus berkembang supaya setaraf dengan negara-negara maju.
“Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Kalau pun gaji minimum ditetapkan semua pihak ada peranan masing-masing.
“Ini bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang, rakyat dapat faedah dan tidak membawa kesan yang dikatakan boleh jejaskan pertubuhan dan sebagainya,” katanya selepas pelancaran Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: