Monday, March 5, 2012

Gagal bayar sewa sejak April 2011


INILAH Restoran The Red Warriors Station di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.


KOTA BHARU - Restoran The Red Warriors Station yang terletak di Aras Bawah, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Jalan Bayam di sini dan menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Kelantan kini berdepan kemungkinan operasinya ditutup bila-bila masa.

Ia berikutan kegagalan pengurusan restoran tersebut untuk melunaskan hutang sewa premis berjumlah RM72,000 dengan pihak KTC Convention & Apartment Sdn. Bhd. sejak April tahun lalu.

Tempoh perjanjian di antara kedua-dua pihak akan berakhir hujung bulan ini.

Restoran berkenaan beroperasi secara rasmi sejak Mei 2010.

Kadar sewa premis restoran tersebut ialah RM5,000 sebulan.

Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata, pihaknya ketika ini giat menuntut hutang tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang telah memeterai perjanjian dengan KTC berhubung penyewaan lot perniagaan tersebut.

"Perjanjian penyewaan lot tersebut adalah antara KTC dan KAFA. Sudah tentu saya akan mencari KAFA, bukannya pemilik sebenar restoran tersebut.

"Namun, surat-surat yang saya berikan untuk mendapat penjelasan mengenai status restoran tersebut tidak dibalas oleh KAFA," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas majlis meraikan pengantin baharu Ana Raffali dan suaminya, Aznaim Abdullah di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: