
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta yang bermula hari ini.
Ekspo yang dianjurkan selama tiga hari sehingga 25 Mac itu diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang ekspo seperti gerai jualan, pameran produk perkahwinan, peragaan fesyen, pertandingan gubahan, demonstrasi gubahan, cabutan bertuah, persembahan pentas dan sebagainya.
Selain itu, pengunjung ekspo juga boleh menambah pengetahuan dengan menghadiri pelbagai program seperti ceramah kesihatan, kekeluargaan dan perkahwinan.
Kebanyakan anggota masyarakat yang mengalami kekangan masa dan sibuk bekerja, mereka berpeluang mendapatkan perkhidmatan menjalani pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang kebanyakannya diberikan secara percuma.
Menarik lagi, ekspo yang diadakan secara besar-besaran itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa artis tempatan seperti Khai, Farhan, Monoloque, Atilia, Haziq dan Rosma.
Orang ramai juga berkesempatan untuk beramah-mesra dengan artis terbabit.
Pada hari Sabtu dan Ahad pula berlangsung pertandingan gubahan hantaran sirih junjung, telekung dan ukiran buah yang masing-masing menawarkan hadiah menarik.
Pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan fesyen oleh Dios Astana Bridal, Shahwadi, Jamu Mak Dara dan sebagainya serta pelbagai demonstrasi bermanfaat seperti pemakaian tudung, membuat coklat juga solekan dan dandanan.
Ekspo itu yang dianjurkan sempena pertandingan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia Musim Ke-3. Orang ramai dijemput untuk hadir bagi memeriahkan ekspo itu.
Sementara itu, 500 pengunjung pertama akan mendapat produk eksklusif.
Ekspo ini turut mendapat penyertaan daripada para penaja seperti Jamu Mak Dara, Shahwadi, D'Selera, Music Event Entertaiment, Uda & Dara, ZVAS Wedding, Butik Perkahwinan Sireh Junjung dan Style Wedding.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: