Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda) berhasrat menjual 3,000 unit Jazz Hibrid serba baru sehingga akhir tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Honda akan terus memperkenalkan lebih model hibrid baru sekali gus menyasarkan jualan sehingga 10,000 unit.
“Saya melahirkan rasa gembira di atas sokongan kerajaan Malaysia memberi pengecualian cukai penuh ke atas duti import dan eksais bagi model hybrid sehingga 2013 yang secara tidak langsung mendorong peningkatan kuasa beli kenderaan ini di kalangan pengguna,” katanya.
Menurutnya, Jazz Hibrid serba baru itu adalah model terkini dalam rangkaian ‘keluarga Hibrid’ Honda di Malaysia.
“Jazz Hibrid ini mengaplikasikan teknologi packaging dengan mempamerkan reka bentuk bergaya, prestasi lebih hijau dan versatil yang menjadi trend terkini.
“Ia dilengkapi unit enjin 1.3L i-VTEC dan bersama sistem Integrated Motor Assist (IMA) di samping mengekalkan ciri-ciri utama Jazz seperti Ultra Seat, Paddle Shift.
Manakala, terdapat ruang bahagian penyimpanan bertingkat dan kargo luas yang memberi penekanan terhadap aspek praktikal serta keselesaan,” katanya ketika majlis pelancaran Jazz Hibrid di Kepong, semalam.
Ueno berkata, antara ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan adalah enam beg udara dan fungsi Hill-Start Assist. Ia mampu meningkat keyakinan dan mengelakkan kenderaan daripada mengundur.
Katanya, model terbaru itu didatangkan bersama lima warna menarik iaitu Fresh Lime Metalic (hijau), Alabaster Silver (perak), Milano Red (merah), Crystal Black Pearl (hitam) dan Taffeta White (Putih) yang disasarkan kepada golongan profesional muda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: