Produk Al-Haddad

Syarikat Pengeluar Produk Bumiputera, Al-Haddad Marketing Sdn Bhd, optimis menyasarkan jualan RM1 juta sebulan bagi tujuh produknya termasuk Tamar Coco yang baru diperkenalkan Februari lalu.

Pengarah Eksekutifnya, Syed Salahuddin Syed Mahayudin Al-Haddad, berkata, setakat ini, syarikat mencapai jualan melebihi RM200,000 sebulan.

“Tamar Coco kini berada di pasaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kami mempunyai 7,000 pengedar sah dan menyasarkan sehingga 20,000 pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini,” katanya yang menubuhkan syarikat pada Julai tahun lalu yang berpusat di Sungai Petani, Kedah dan bakal bertukar ke Bertam, Pulau Pinang.

Syed Salahuddin berkata, bagi mengukuhkan jenama dan memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, Al-Haddad berhasrat menerokai pasaran Dubai, Indonesia dan Thailand, Jun tahun ini.

Produk Al-Haddad di kilang di Perlis dan Kedah ini mempunyai tujuh produk termasuk, Kopi Arabica Tongkat Ali Ginseng, Kopi Arabica Kacip Fatimah Manjakani, Soy Kolegen, Susu kambing, minyak pelincir kereta Real Lube dan sabun basuh Real Clean.