Thursday, March 8, 2012

Jamal tertekan banyak menyanyi?


GAYA terbaru Jamal Abdillah yang berkumis nipis dan lebih tenang menggambarkan kematangannya dalam persada seni suara tanah air.


SESUAI dengan gelaran Raja Pop yang diberikan kepada Jamal Abdillah, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak itu sentiasa tidak menang tangan menerima pelbagai undangan mengadakan persembahan pentas di seluruh negara.

Sama ada persembahan makan malam, konsert berskala kecil atau besar, Jamal jarang menolak tawaran menyanyi yang diberikan kepadanya sehingga dia mendapat sedikit tekanan ekoran daripada tawaran-tawaran tersebut.

Duda kepada dua anak itu tidak menafikan akan kesibukannya terutamanya sejak kebelakangan ini menerusi pelbagai undangan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha sepanjang bulan April.

"Sebagai wartawan, saya yakin anda juga mempunyai tekanan-tekanan tersendiri bagaimana untuk mendapatkan bahan berita. Begitu juga saya sebagai penyanyi iaitu bagaimana mahu memuaskan hati para peminat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: