DARi kiri, Lee, Mat Ali, Matsushita, Mohamad, Aminar Rashid, Nomura dan Mohamad Haslah pada majlis menandatangani perjanjian jual beli tanah di Seremban, semalam.
DAIHATSU Motor Co Ltd akan mula membina kilang alat kawalan Transmisi Automatik Elektronik (EAT) yang pertamanya di Asia Tenggara, bernilai RM220 juta di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan, pada pertengahan bulan ini.
Akashi-Kikai Industry Malaysia adalah syarikat usaha sama dengan pemilikan ekuiti sebanyak 51 peratus oleh Akashi-Kikai Industry; Daihatsu (39 peratus) dan PERODUA (10 peratus).
Mengulas perkembangan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kilang itu bakal mengeluarkan 150,000 unit EAT setahun khususnya untuk PERODUA bagi pengeluaran model Myvi dan Alza.
“Dengan adanya kilang ini, saya berharap lebih banyak syarikat dari Jepun datang membuat pelaburan di sini, sekali gus menjadikan Bandar Baru Sendayan sebagai pusat pelaburan utama,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian jual beli tanah antara MBI dan BSS dengan Akashi-Kikai di Seremban, semalam.
Pada majlis itu, MBI diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, manakala BSS diwakili Pengarah Urusannya Datuk Lee Tian Hock dan Akashi-Kikai oleh Presidennya, Noriyoshi Matsushita.
Hadir sama, Ketua Eksekutif MBI, Datuk Mohamad Haslah Amin; Pegawai Eksekutif Kanan DMC, Takahide Tatsumi; Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh dan Pengarah Urusan Akashi-Kikai, Hideki Nomura.
Mohamad berkata, kilang yang bakal beroperasi hujung tahun ini akan memberikan sekurang-kurang 200 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan.
Sementara itu, Matsushita berkata, pihaknya memilih Negeri Sembilan sebagai destinasi pelaburan pertama di Asia Tenggara kerana infrastrukturnya yang menarik selain kedudukan kilang ini berhampiran lebuh raya dan lapangan terbang.
“Buat masa sekarang, komponen ini hanya untuk pasaran domestik namun kami akan mempertimbangkan untuk memasarkannya ke luar negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: