HALLE-BERRY

Aktres Halle Berry kini dikatakan sedang sibuk mencari sekolah tadika di Paris untuk anak perempuannya.

Selebriti berusia 45 tahun ini berhasrat untuk memindahkan Nahla, 4, ke Perancis untuk bersama-sama dengan tunangnya, Olivier Martinez.

Menurut sumber terdekat aktres itu, Halle berhasrat mencari tempat penjagaan yang sesuai untuk Nahla bagi mengelakkan daripada kehadiran paparazi di Los Angeles.

“Soal pendidikan Nahla merupakan keutamaan bagi pasangan ini (Halle dan Olivier). Mereka ingin melihat Nahla menerima pendidikan di Eropah.

“Bagaimanapun, Olivier lebih suka jika Halle berada dekat di sisinya. Justeru itu, mereka berfikir lebih elok sekiranya masing-masing berpindah di Paris selepas perkahwinan mereka,” katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, bapa Nahla, Gabriel Aubry sedang cuba menghalang anak perempuannya untuk berpindah ke Paris dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

“Gabriel takut jika Halle merancang untuk membawa Nahla jauh dari kehidupannya. Dia percaya perancangan itu adalah untuk membawa Nahla ke Perancis dan seterusnya membolehkan Olivier untuk mengambil Nahla sebagai anaknya sendiri,” katanya lagi sambil memberitahu Gabriel akan menuntut hak penjagaan Nahla.