Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi seorang penyampai radio, kini Faradina Binti Mohd Nadzir atau lebih dikenali dengan nama Dina Nadzir mula jatuh cinta dengan kariernya itu.
Lebih dikenali sebagai seorang penyanyi yang bermula dengan program realiti One In A Million untuk musim pertama, Dina pada awalnya tidak begitu berminat ketika ditawarkan menjadi penyampai radio di stesen Era FM berikutan jadualnya yang padat dengan aktiviti nyanyian dan lakonan.
Bagaimanapun, selebriti kelahiran Johor Bahru ini akhirnya tidak mensiasiakan peluang yang ada dan menerima tawaran menjadi penyampai pada 2009 dengan niat sekadar mahu mencuba.
“Pada awal saya ditawarkan kerja ini, saya tolak sebab terpaksa tumpukan dengan nyanyian dan lakonan, tapi setelah saya teliti kelebihan yang bakal saya peroleh daripada bidang penyampai ini, akhirnya saya terima.
“Ketika itu, saya digandingkan bersama Nana menerusi sebuah segmen hujung minggu dan itu adalah kali pertama saya bekerjasama dengan dia dan saya akui mengambil masa untuk lebih serasi bersamanya kerana saya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyampai sebelum ini,” katanya.
Dina berkata, dia amat bersyukur kerana rakan penyampai dan kakitangan stesen radio ini yang banyak memberi tunjuk ajar mengendalikan control button dan tugasan lain sebagai penyampai radio.
“Setelah beberapa bulan bergandingan dengan Nana, saya mula ditukarkan kepada segmen malam bersama Ray untuk Minggu Dedikasi.
“Hari ke hari semakin banyak pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi akhirnya tanpa disedari saya mulai minat dan jatuh cinta dengan bidang ini dan saya bercadang untuk meneruskannya sehingga terdaya,” katanya.
Setelah dua tahun lebih mengendalikan segmen bersama rakan penyampai, akhirnya Dina kini diberi tawaran untuk mengendalikan segmen secara berseorangan di Muzik Erathon yang bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari.
Bukan sekadar cakap kosong PASTINYA kejayaan yang dimiliki menerusi kerjaya sebagai seorang penyampai tidak terlepas dari pelbagai halangan dan cabaran.
Katanya, sebagai penyampai radio, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk memberi informasi berguna kepada pendengar dan bukannya sekadar cakap kosong.
Kini, celotehnya menerusi segmen yang dikendalikan ternyata mampu menceriakan suasana hingga membuatkan anak muda ini lebih disenangi oleh pendengarnya.
“Saya menganggap kejayaannya ini sebagai rezeki daripada hasil usaha sendiri untuk mengetengahkan bakat dan kelebihan yang ada.
“Selagi terdaya, saya akan terus lakukannya dan akan sentiasa memberikan yang terbaik buat pendengar kerana saya amat gembira melakukannya,” kata Dina.
Dina berkata, dorongan dan galakan daripada keluarga dan peminat juga sedikit sebanyak dapat memberi semangat buatnya untuk meneruskan kerjayanya itu.
“Bagi saya, dorongan dan galakan amat penting bagi seseorang itu mencapai kejayaan. Saya sendiri mahu ianya berterusan supaya lebih bersemangat melakukan sesuatu kerja,” ujarnya.
Tidak lupa nyanyian WALAUPUN sudah bergelar penyampai radio, tidak bermakna Dina melupakan bidang lakonan dan nyanyian yang diceburinya.
“Melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa bukan semudah yang disangka. Jadual yang rapi amat penting untuk memastikan kesemua aktiviti saya berjalan lancar.
“Buat masa ini, jadual harian saya telah diatur oleh pembantu saya.
Walaupun jadual kini lebih padat, saya masih gembira kerana setiap hari akan melakukan aktiviti yang berlainan,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Dina berkata, dia mahu mengeluarkan album terbaru sekiranya mempunyai masa yang sesuai.
Tuesday, March 27, 2012
Dina jatuh cinta!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: