
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaruh harapan tinggi terhadap potensi besar bahasa Melayu menjadi salah satu sukatan pengajaran kepada penutur asing.
Beliau berkata, meskipun bahasa Melayu belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang dominan dan tersohor sebagaimana bahasa Inggeris, ia memang ada keperluan kepada penutur asing.
"Bahasa Melayu tetap mempunyai kedudukan tersendiri dalam perkembangan bahasa-bahasa utama dunia.
"Selain itu, mereka yang mengkaji bahasa kita ini akan turut menyelidik ciri-ciri orang Melayu dengan mempelajari budaya, menyelami tatacara kehidupan dan pentadbiran kerajaan semasa," katanya ketika merasmikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.
Pertandingan itu dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan.
Ia disertai 69 orang peserta mewakili 64 buah negara dengan 59 daripadanya dalam kategori Antarabangsa dan 10 kategori Nusantara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: