LONDON - Jumlah wanita melahirkan bayi dengan berat lebih lima kilogram dilaporkan telah meningkat kepada 50 peratus sejak empat tahun lalu di Britain.
Mereka turut digelar sebagai bayi sumo kerana kelahiran itu telah menambahkan lagi masalah kegemukan di negara tersebut kerana sesetengah pakar berpendapat kononnya ibu obes sering melahirkan anak lebih berat.
Walaupun mereka dilahirkan sihat, pakar kesihatan tetap khuatir saiz terlalu besar akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan bayi itu apabila meningkat dewasa.
Pada bulan lalu, Elaine Martin, 32, melahirkan bayi perempuan terbesar di Ipswich diberi nama Niamh seberat enam kilogram.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: