Wednesday, November 2, 2011

Nutty-Notty jek mudah alih

DENNIS (kiri) menunjukkan kereta Hyundai yang dipamerkan di Pusat 3S Hyundai di Sungai Pinang.


HYUNDAI-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) merasmikan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) terbaharunya yang terletak di Jalan Sungai Pinang, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis perasmian pusat jualan kenderaan Hyundai terbesar di Pulau Pinang itu disempurnakan oleh Ketua Ibu Pejabat Hyundai Asia dan Serantau Hyundai Motor, Kim Hoo-Keun.

Pengarah Urusan HSDM, Dennis Ho berkata, pembukaan pusat itu dijangka akan melonjakkan lagi jenama kenderaan itu kepada para pelanggannya terutama dalam memberikan khidmat lepas jualan.

Beliau berkata, pihaknya merancang membuka antara enam hingga tujuh lagi pusat 3S di seluruh negara sehingga Jun tahun hadapan melibatkan pelaburan lebih RM8 juta.

“Persaingan dalam industri automotif memang hebat, tetapi Hyundai memiliki kelebihan tersendiri terutama daripada segi kualiti, reka bentuk serta penggunaan bahan api yang efisien.

“Oleh itu, pusat 3S merupakan salah satu strategi Hyundai-Sime Darby bagi mewujudkan platform (di sesebuah kawasan) termasuk bagi menyokong rangkaian pengedarnya di situ,” ujarnya.

Berkeluasan kira-kira 2,000 meter persegi, pusat itu mempunyai satu ruang pameran berhawa dingin, bilik jualan serta 11 petak menyelenggara kenderaan termasuk bagi penyelenggaraan ekspres serta kemudahan Internet WiFi.

Tambah Dennis, tiga lagi pusat 3S di wilayah utara akan dibuka tidak lama lagi iaitu sebuah di Perai (Pulau Pinang) dan dua lagi di Perak.

Katanya, pembukaan pusat tersebut dijangka menyuntik pertambahan jualan di wilayah utara yang ketika ini menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jualan kenderaan Hyundai di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: