AHMAD HUSNI (dua dari kiri) dan Abdullah Thalith (kiri) meninjau model Kampus INSPEN di Kajang, semalam.
NILAI urus niaga hartanah di Malaysia tahun ini dijangkakan mengatasi angka RM107.44 bilion membabitkan 376,583 urus niaga yang dicatatkan tahun lalu berikutan usaha kerajaan menangani kesan persekitaran ekonomi luar.
Kampus bernilai RM250 juta itu dibina berhampiran kawasan institut perindustrian di Sungai Merab, Kajang yang bakal menempatkan pelajar dalam bidang penilaian dan pentaksiran hartanah profesional.
Sejak ditubuhkan pada 2004, INSPEN menerima 364 pelajar dan melahirkan 238 pemegang sijil bertauliah dalam bidang penilaian dan pengurusan hartanah.
Pelancarannya disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Abdullah Thalith yang juga Ketua Pengarah Penilaian Negara berkata, urus niaga hartanah di Malaysia pada separuh pertama tahun ini bernilai RM64.75 bilion membabitkan 214,749 urus niaga.
“Berdasarkan perkembangan semasa, nilai urus niaga untuk baki tahun ini dijangka terus meningkat, sekali gus melepasi nilai urus niaga tahun lalu. Ia mencerminkan perkembangan sihat industri hartanah tempatan," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan urus niaga pindah milik hartanah itu membabitkan wakil ejen hartanah yang dilatih menerusi latihan dalam kerja.
“Menyedari kepentingan latihan itu, maka JPPH turut menyenaraikan Program Sijil Ejen Hartanah sebagai satu bidang yang perlu disediakan INSPEN.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: